Fakta Menarik Eri_Kamei

  • Memasuki sekolah menengah pertengahan dan tinggi persendirian.
  • Mempunyai seorang abang dan adik perempuan.
  • Berkawan baik dengan Michishige Sayumi, Tanaka Reina dan Niigaki Risa
  • Menyertai audition Morning Musume dengan niat "mengubah diri sendiri".
  • Pada permulaan menyertai Morning Musume, Kamei menyatakan kegemaran terhadap ruang sempit, termasuk juga keretapi yang penuh.
  • Banyak peminat mengenali beliau melalui watak Elizabeth Kyamei, sehinggalah secara tiba-tiba memotong pendek rambutnya dan membawa imej burikko.
  • Seperti juga Fujimoto Miki, dia tidak pandai melukis.
  • Kamei menyatakan dalam rancangan radio "Young Town Douyoubi" (siaran 2006.06.17)bahawa bapanya menamakan dia "Eri" sempena lagu kegemarannya "Itoshi no Ellie" dari kumpulan Southern All-Star.
  • Menggemari wangian. Sewaktu kecil dia selalu memasuki bilik abangnya untuk mencuba wangian kerana tidak pasti dalam memilihnya.
  • Menggemari pakaian barat.
  • Seorang yang cergas diwaktu pagi.
  • Tidur awal selepas kerja, dalam pukul 10:30.